Wednesday, August 18, 2010

Peluang Kedua

Banyak orang tidak percaya kepada peluang kedua dalam perhubungan dan banyak juga yang tidak mahu memberikan peluang tersebut atas alasan kali pertama tidak berjaya. Tetapi masih ramai yang percaya pada peluang kedua dan ia menjanjikan kebahagiaan yang lebih bermakna.

Memberikan peluang kedua bermakna membuka peluang kepada kedua pihak yang pernah terluka mencuba untuk mengubati dan memperbaiki segala rasa kecewa dan luka, juga perkara yang menyebabkan perasaan tersebut. Ini bermakna adanya jalan penyelesaian segala perbezaan dan mencari akar umbi masalah. Perlu diingatkan bahawa segala masalah tersebut harus diselesaikan sebelum peluang kedua diambil.

Masalah memang timbul dalam sesebuah perhubungan kerana setiap individu mempunyai perbezaan personaliti yang boleh menyebabkan percanggahan. Dan masalah ini akan semakin ketara bagi individu yang ingin mencuba untuk kedua kalinya. Apatah lagi bukan mudah menghilangkan luka yang bersarang dihati. Kedua-dua pihak perlu mengukuhkan hati dan perasaan dan komited dalam usaha untuk membuatkan hubungan kali ini benar-2 berjaya. Harus sama-2 bertanggungjawab dan memandangkan kehadapan setiap masa. Lupakan perkara yang silam.

Peluang kedua memberikan satu harapan da kepercayaan, ia juga mendedahkan mendedahkan diri pada kekecewaan dan hilang percaya. Apa yang telah berlaku bukan sahaja menjadi ujian tetapi akan lebih menguatkan lagi hubungan yang sedia ada. Setiap masalah yang timbul boleh diatasi andai ada kerjasama baik antara kedua pihak bertelagah.

Sebelum berkata YA pada peluang kedua, pastikan perkara-2 tersebut:
  • Adakah masih menyayanginya? Atau takut untuk menjalani hidup berseorangan? Pastikan betul-2 apakah perasaan yang bersarang sebelum membuat keputusan.
  • Fikir dan teliti apakah yang membuat hubungan anda berantakan pertama kali dahulu. Fahami masalah sebenar yang melanda hubungan agar dapat dibaiki.
  • Belajar daripada apa yang terjadi. Memang kita tidak sempurna dan melakukan kesalahan dari semasa ke semasa. Tetapi hanya orang 'BODOH' sahaja yang melakukan kesalahan sama berulang kali.
  • Jangan hanya fikirkan buruk tetapi fikirkan juga yang baik. Adakalanya kita hanya sedar akan kebaikan seseorang hanya setelah kehilangannya.
  • Berbincanglah dengan pasangan tentang apa yang terjadi.
  • Perlu dalam keadaan waras dan saling menerima pasangan sebagaimana diri mereka, bukan sebagaimana anda kehendaki. Fikirkan juga mengenai kehendak mereka dan cara untuk memenuhinya dengan lebih baik. Bersepakatlah untuk berubah, saling memahami dan saling mengembirakan. Jangan lupa untuk sama-2 saling bertolak ansur dan berusaha dengan lebih kuat.

Tuesday, August 17, 2010

Sakit Hati?


Sakit hati ialah sakit daripada segala sakit. Sukar diungkapkan tapi sangat jelas menyayat dada bahagian dalam. Tetapi ketika sakit hati tiba, susah bagi kita untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya.

Belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti kita. Kerana cepat dan lambat setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Cuma kita perlu sedari tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput daripada sakit hati. Lebih baik kita sedari bahawa siapa pun dia (teman biasa, sahabat, kekasih, atau keluarga) dan sebaik apa pun dia, suatu hari nanti akan menjadi orang yang menyakiti kita (walaupun mungkin tidak disengajakan). Perasaan sakit hati yang terlalu lama bersarang dalam hati maka tidak sihatlah hati itu.

Menguruskan rasa sakit hati agar tidak membuahkan dosa dan azab-NYA. ALLAH dan Rasul-NYA telah mengajarkan cara-cara yang boleh menjadi penawar apabila diamalkan...

1. MUHASABAH
  • Periksa diri betul atau tidak
2. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH DAN KERAS HATI
  • Iri, dengki dan bercita-cita adalah beberapa celah yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
  • Iri hati & dengki berasal daripada kecintaan perkara bersifat material. Hati tidak tenang dan tidak akan pernah bersyukur apabila di dalam hatinya ada sifat ini.
3. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH DAN KERAS HATI
4. MENUMBUHKAN SIFAT PEMAAF
5. BERPRASANGKA BAIK
6. BERSIKAP IKHLAS
  • Kata ringan diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
  • ALLAH mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. ALLAH mengujinya dengan kesusahannya pun dia bersabar.
  • Orang yang ikhlas akan lebih mudah mengurus kalbunya untuk menyerahkan segalanya hanya kepada ALLAH
Orang yang kuat bukanlah orang yang menang bergulat, tapi orang yang kuat ialah orang yang mahu memaafkan ketika dia marah. Kita mungkin pernah disakiti orang lain, tapi bukan tidak mungkin juga kita pernah menyakiti hati orang lain. Oleh yang demikian kenapa kita sakit hati, mungkin orang lain juga pernah kita sakiti hatinya.

Islam punya kaedah jitu untuk meredakan amarah. Jika marah dalam keadaan berdiri, segera duduk. Jika saat duduk, segera berbaring, Jika masih marah, ambil wuduk. Kalau masih juga marah, solat 2 rakaat dan tumpahkan sakit hati pada ALLAH sahaja.....merintihlah pada Tuhan........

Wednesday, August 4, 2010

Mama, Aqil & Iqah yang demam...

Alhamdulilah aku dah makin beransur sihat dari serangan demam yang lambat nak kebah. Aqil pun dah makin sihat cuma ada batuk-2 sikit. Sekarang turn iqah pulak demam. Kesian si kecik nie kalo demam...org pompuanlah katakan manjer nyer biasalah. Pg tadi pukul 5 tiba-2 rasa bahang kat sebelah. Rupa-2 nya iqah panas semula badan dia. Cepat-2 amik tuala basahkan lap-2 kat badan dan tuam terus kepala. Terus jugak bagi ubat kat dia...eeemmmm..kesian anak mama demam. Dahlah makin susut badan nie makin kecik jer nampak...Adik cepat-2 sihat yek. Risau mama kalo iqah lambat sihat......






Tuesday, August 3, 2010

Reunion SABGS 1993-1997

Pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 haritu ade perjumpaan bersama-2 kawan-2 sehostel selama 5 tahun di Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar Muar Johor. Memang saat-2 yg ditunggu-tungu selama hampir 10 thn dari perjumpaan yang sebelumnya. Tak sangka kita masih boleh bersua lagi yek kawan-2. Ape-2 pun thanks tu ieja and husband selaku pengelola majlis reunion nie dan juga kawan-2 yang sentiasa sporting mcm zaman sekolah jugak. Aku mcm biasalah sentiasa mengikuti perkembangan korang....thanks jugak pada husband yang sudi meluangkan mase meneman aku ke PD nie yek...walaupun demam ku masih belum berapa kebah. ku gagahi juga melangkah ke PD tu untuk bertemu kawan-2 ku...huhuhu....

Pada clegg, pidah, marini, murni aku copy korang punya photo yek..aku bawak kamera tapi x terdaya nak snap gambo. so aku tau korang mesti upload dlm FB...hehehehe...minta izin yek kawan-2....



Dinner Time...sambil melayan anak-2








 

Standby untuk sukaneka........

 





 







 
Lunch terakhir bersama kawan-2.......








Sessi bergambar bersama kawan-2........







Para suami yang macho and sporting......


Alhamdulilah kami semua masih boleh bertemu lagi kali ini.......jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi yek kawan-2..miss u all.....