Monday, March 28, 2011

10 things to learn from Japan


1. THE CALM
Not a single visual of chest-beating or wild grief. Sorrow itself has
been elevated.


2.
THE DIGNITY
Disciplined queues for water and groceries. Not a rough word or a crude gesture.


3.
THE ABILITY
The incredible architects, for instance. Buildings swayed but didn’t fall.


4.
THE GRACE
People bought only what they needed for the present, so everybody
could get something.


5.
THE ORDER
No looting in shops. No honking and no overtaking on the roads. Just
understanding.


6.
THE SACRIFICE
Fifty workers stayed back to pump sea water in the N-reactors. How
will they ever be repaid?


7.
THE TENDERNESS
Restaurants cut prices. An unguarded ATM is left alone. The strong
cared for the weak.


8.
THE TRAINING
The old and the children, everyone knew exactly what to do. And they
did just that.


9.
THE MEDIA

They showed magnificent restraint in the bulletins. No silly
reporters. Only calm reportage.


10.
THE CONSCIENCE

When the power went off in a store, people put things back on the
shelves and left quietly.

Thursday, March 24, 2011

Lakukan apa orang lain TIDAK lakukan



Ramai yang berjaya kini sering berfikir melawan arus. Maksudnya, melakukan perkara di mana ramai orang lain tidak lakukan.
Teringat satu kisah dalam sejarah sukan olimpik, sebelum tahun 1968, dalam acara lompat tinggi, atlit lompat tinggi akan berlari menghampiri galah dan lompat dengan badan kedepan.
Ianya sehingga Dick Fosbury tergerak untuk mencuba lompat tinggi dengan cara membelakangkan badan pada galah tersebut, dan berjaya melompat lebih daripada 1 kaki dengan cara konvensional pada ketika itu (badan berhadapan dengan galah)!
Sehingga kini, gaya lompatan Dick Fosbury adalah cara konvensional.
Apa yang terjadi? Atlit Dick Fosbury mengenakan pemikiran bukan konvensional- fakir melawan arus. Bahasa kini, kita sering kaitkan dengan istilah "fikir di luar kotak".
Juga kisah seorang pemuda bernama George Eastman berhenti dari kerja makan gaji di sebuah bank, dan memulakan perniagaan foto. Beliau menamakan perniagaannya KODAK. Pada zaman itu, ianya adalah amat pelik untuk menamakan perniagaan dengan nama yang tidak mempunyai maksud. Idea Eastmen ditertawakan oleh ramai orang "Apa itu KODAK?" kata mereka.
Kini, lebih 200 tahun kemudian, "KODAK" adalah nama yang diketahui ramai!
Sebagai manusia, kita takut melawan arus. Kita akan sering fikir, apakah orang akan kata kepada kita? Adakah kita akan ditertawakan orang lain? Sekiranya orang lain tak buat, aku pun tak buat! Dan seribu satu lagi fikiran bermain di minda.
Sebab utama seseorang tidak berjaya adalah "Takut kepada kegagalan". Kegagalan yang dimaksudkan juga adalah "kegagalan" dari segi gagal menangani fikiran-fikiran negatif "Apa orang kata" sekiranya kita melakukan sesuatu yang kreatif dan inovatif, di mana orang lain tidak pernah lakukan.
Pernahkah anda mempunyai satu idea perniagaan atau ciptaan yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah? Tetapi, anda tidak melakukan apa-apa oleh kerana idea tersebut belum ada orang lakukan. Anda akan rasa takut untuk berkongsi idea tersebut, apatah lagi memulakan idea tersebut.
Apa yang terjadi? Beberapa bulan kemudian, anda terlihat idea perniagaan atau penciptaan yang anda fikirkan tersebut menjadi kenyataan- tetapi dilakukan oleh orang lain! Bukan anda!
Oleh kerana, orang lain tersebut, tidak takut melawan arus! Mereka tidak takut melakukan apa yang orang lain tidak lakukan.
Berfikir sebaliknya terjadi apabila kita ingin melakukan kesemuanya dengan betul. Disitulah masalahnya. Sekiranya kita berfikir dengan cara yang betul dan "straight forward", begitu juga dengan orang-orang lain. Satu nasihat adalah, jangan takut sekiranya kita salah dan idea tidak menjadi. Ianya lebih baik menyesal kerana idea yang kita lakukan tidak menjadi, berbanding dengan menyesal kerana kita tidak lakukan apa apa.
Sebagai seorang motivator perniagaan, saya sering didatangani peserta yang mempunyai pelbagai idea perniagaan. Kebanyakan yang tidak memulakan idea perniagaan mereka dengan alasan, ianya belum lagi sempurna (not perfect). Nasihat saya dari dulu hingga kini adalah untuk mulakan juga, tidak semestinya sempurna.
Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu dan takut ianya tidak sempurna, ianya tidak akan jadi sempurna. Langkah baik adalah untuk mulakan sahaja, dan perbaiki keadaan dalam perjalanan anda. Jangan tunggu kesempurnaan oleh kerana, sempurna pada diri anda, tidak semestinya sempurna pada mata orang lain. Fikir sebaliknya, tiada maksudnya "sempurna"!
Sekiranya anda hanya mengambil satu sahaja iktibar melalui artikel ini, ianya adalah: hidup anda adalah apa yang anda fikirkan. Fikir sebaliknya, dan anda akan mendapat perspektif yang baru!

Catatan dari - Irfan Khairi [sales@rahsiainternet.com]

Laluan pejalan kaki unik



ALICANTE, Sepanyol - Satu laluan pejalan kaki yang dibina dengan menggunakan bata di bandar tepi pantai di sini memiliki corak kiub yang memberikan kesan tiga dimensi (3D) apabila dipandang, lapor sebuah akhbar semalam.
Laluan itu mencetuskan kontroversi berikutan ilusi 3D tersebut menyebabkan orang ramai berasa gayat apabila melaluinya.
Corak 3D itu menampakkan laluan berkenaan curam dengan susunan bata itu menyerupai anak tangga yang besar walaupun ia sebenarnya rata dan landai. - Agensi

Kucing duduk seperti manusia


LONDON - Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam.
Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar.
Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.- Agensi

Monday, March 21, 2011

Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest


KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.
Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.
Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.
"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi

Kedudukan bulan paling rapat dengan bumi


ENGLAND - Buat pertama kali sejak tahun 1992, bulan yang besar (super moon) dapat dilihat pada titik kedudukan paling rapat antara bumi dan bulan di menara St. Michael di Glastonbury, England, lapor sebuah akhbar semalam.
Kelihatan beberapa pengunjung sedang berdiri berdekatan menara itu untuk melihat bulan yang hanya dapat dilihat selepas dua dekad lalu.
Fenomena tersebut berlaku apabila bulan berada sangat rapat dengan bumi daripada kebiasaannya. Ketika itu, bulan akan kelihatan sangat terang dan bercahaya. - Agensi

Bayi terselamat selepas tiga hari di bawah runtuhan


SENDAI, Jepun - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas tiga hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala Richter yang mengegar Jepun pada Jumaat lalu.


Pada awalnya, sekumpulan askar dari Pasukan Pertahanan Jepun yang sedang mencari mangsa terselamat di kampung Ishinomaki terdengar tangisan seorang bayi. Selepas mengalihkan kepingan kayu, batu dan lumpur tebal, mereka akhirnya menjumpai bayi tersebut.

Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan kenapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.

Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.

Sebelum dia dijumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2,000 mayat di sepanjang pantai di wilayah Miyagi yang paling teruk terjejas.

"Penemuan bayi ini memberi semangat baru kepada pasukan penyelamat. Kami akan mendengar, melihat dan menggali dengan lebih berhati-hati selepas ini," kata salah seorang pegawai tentera terbabit. - Agensi

Hijau itu tenang dan segar


Pada 02.02.2011 - 05.02.2011 saya balik ke kampung suami di Machang, Kelantan. Anak-anak gembira bila tahu nak balik rumah Tok Ayah. Seminggu nak balik asyik tanya dah cuti ke mama...penat nak menjawabnya. Anak-anak suka balik kelantan sebabnya Tok Ayah diaorang ada pelihara lembu dan kambing. Terutama anak sulung Aqil...tak boleh nak control lah kalo dah jumpa lembu gan kambing. Bukan setakat lembu kambing jer. Kucing, ayam dan itik habis habis dia kerjakan nya...eeemmm...terjerit-jeritlah Tok Mama dia. Kucing-kucing tu boleh lah Tok Mama dia masuk dalam sangkar. Ayam gan itik tu tahan jerlah kalo Aqil kejar. Kena baling batu tu biasa dah sampai kucing, ayam gan itik takut kalo nampak kelibat dia....hahahaha...lagi satu burung-burung Tok Ayah dia. Itu pun satu habis dia goyang sangkar tu. Sampai ada satu hari tu pening lalat dah burung tu. Melelong burung tu jalan. Nasib x matilah burung tu dikerjakan Aqil. Tak taulah si Aqil sorang nie nak jerit macam mana lagi. Budak tengah aktifkan. Kat bandar nie susah nak jumpa binatang-binatang tu. Bila balik kampung semua boleh terjah.

Saya rase bab yang paling dia seronok dapat mandikan lembu...huhuhu...habis badan bau lembu sudah. Ermm...lantaklah Aqil janji dia gembira. Iqah suka memerhati jer. Penakut sikit minah nie. Nak ikut macam Abg Aqil tapi penakut...huhuhuhu...anak pompuan manjalah sikit.

Balik bulan nie dah janji dengan Aqil nak memancing kat parit tepi bendang. Abah dialah melayan nyer. Sengih memanjang biler tegok pancing dan mata kail Abah dia buat pakai buluh.

Ini Muhammad Aqil Aiman & Abahnya sedang mencari cacing untuk memancing ikan

Muka sengih semacam...dapat parit pun jadilah

Nur Atiqah yang masih demam tapi sibuk juga nak tegok abg & abah dia memancing


Yeyeye...dah dapat pancing. Tapi asyik sangkut jer kat dahan pokok gan rumput...


Dah boring memancing dia masuk parit pulak....sibuk cari siput. Tak ingat nama siput yang dalam parit nie ape. Tapi boleh makan buat masak lemak. Saya x pernah rasa lagilah siput tu coz bentuk siput tu mcm siput XXXX yang selalu kita jumpa. So tak lalu lah saya nak merasanyer...hehehehe....




Tu dia budak BEN-10 dalam parit....


Penonton dari jejambat. Nak turun segan...tegok jerlah aksi BEN-10 sorang kat bawah tu.


Wajah gadis desa....dah besar nanti mesti gelak tegok muka masing-masing kan...hehehehe. I like this picture so comel-2 kan.

Memancing kali ini dapat ikan haruan seekor jer. Boleh tahan besar jugalah...lepas tu hampeh sekor pun x dapat...huhuhuhu...itu yang Aqil boring lalu terjunlah parit. Nasib dia x berkubang dalam tu. Arus air parit tu pun deras coz baru lepas hujan. Diaorang cakap susah sikit nak pancing masa arus deras. Saya pun seronok duduk tepi bendang layan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Apa-apa pun dapatlah tunaikan hajat Aqil nak merasa memancing parit. Kalau kat bandar nie longkang banyaklah. Aktiviti dia bila nampak longkang nak cari anak budu pulak. Letih juga melayan kerenah anak-anak yang super-aktif nie......

Friday, March 18, 2011

Blouse & Baju Kurung Nur Atiqah

Hari minggu lepas dapat juga meluangkan masa menjahit baju Iqah. Dapat menyiapkan blouse dan baju kurung. Kain dah lama beli tapi minggu lepas baru sempat nak menyiapkan bajunyer. Kesian Iqah ya...mama kena cari mood dulu nak buat baju adik.






Dah siap pun baju anak mama. Mula-mula bila siap tegok mcm kosong jer pula. Simple sangat nampak. Baju budak-budak biasanya kan ada bunga-bunga oe reben kan. So fiza buat lah mcm pinggang tengah tu. Ingat nak letak reben buat mcm tali terus kebelakang. Tapi kain x cukup pulak. Kain nie beli 1 mtr jer. Oleh yang demikian buat depan jerlah. Dah siap pinggang tu still nampak mcm kosong lagi walaupun kain dia dah berbunga....hehehe...idea dtg lagi. Saya create lak reben dan letak bunga di tengah tu. Tapi reben tu macam x berapa nak menjadi. Next time saya kena explore lagi mcm mana nak buat reben lagi cute...Inilah percubaan untuk baju blouse adik. Dalam otak nie tengah fikir nak buat blouse tangan pendek dan kedut-kedut lak....tapi biler yek...Baju nie terus Iqah pakai untuk kenduri potong jambul jiran sebelah rumah. X sempat nak snap gambar masa tu.

Lepas dah siap baju blouse saya siapkan pula baju kurung. Baru dapat sehelai nie. Sebelum nie buat terbesar lagi satu terkecil pulak. Alhamdulilah yang nie memang ngam dengan dia....



Dia kalo bab bergambo x payah disuruh berposing. Memang mengedik gitu....kain cotton memang sesuai dengan budak-budak. Saya tengah mencari kain cotton yang comel-comel untuk dibuat baju kurung Iqah nanti....

Masa nie leher x kemas lagi


 Kain yang baru nak dijahit

Dah siap kemaskan leher baju dan butang

Belajar sendiri buat kun kat leher...masih perlu diperbaiki jahitan lagi. 1st time jahitlah katakan..tersenget-2 jugalah kalo ditengok realiti

Alhamdulilah...siap juga akhirnya baju kurung nie...kain buat getah jer untuk budak-budak senang. So nanti leh pakai pie kenduri ye adik......

Tuesday, March 15, 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Mak Tinah


Pagi ini dalam pukul 09.59 pagi dapat message dari Ieja (kawan sekolah dan se'asrama SABGS) yang kitaorang punya warden Mak Tinah kembali ke rahmatullah malam tadi kerana strok. Sebelum ini memang kitaorang tau yang arwah nie kena strok. Tapi itulah saya tidak berkesempatan menziarah beliau semasa beliau sakit.

Arwah yang saya kenali seorang yang bersikap ke ibuaan, tegas, dan kadang-kadang suka menjerit kat kitaorang yang memang degil-degil ini. Budak-budak umur 13-17 tahun faham-faham ajerlah perangai keanak-anak kan lagi. Itu yang arwah menjerit jer kalo kitaorang lambat turun study or lambat-lambat pie sekolah. Takutttt...dengo jeritan dia tau. Rasanya bergema satu asrama tu...huhuhuhu...jeritan jer kuat hati dia lembut. Kalo kitaorang ada masalah lembut jer dia berbicara. Macam ibu dan anak....sedih lak menulis mengenai arwah nie. Lagi satu hobi dia menanam pokok bunga...huh!! memang berseri-2 taman asrama kitaorg. Macam-macam pokok bungalah dengan landscap nyer. Memang x payah pakai tukang kebun. Sebab nyer semua dia kerjakan sendiri. Dan seronoknya hari minggu setiap Sabtu kitaorang ada program bersihkan asrama. Walaupun hari minggu arwah akan bersama-sama bergotong-royong juga.

Rasanyer terakhir saya jumpa dia tahun 1997 dan sehingga kini saya tidak pernah lagi bertemu dgn arwah. Tapi ingatan silam saya ketika menetap di SABGS nama dia sentiasa di ingati. Jika berbicara dengan kawan-2 seasrama pun macam-2 cerita dgn arwah akan terkeluar....

AL-FATIHAH untuk arwah dan saya mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang disayangi-NYA. AMIN

Saya nak buah-buahan yang comel nie....boleh?



Hari ini saya terbuka blog mengenai jahitan di http://sewanduct.blogspot.com/. Wah...teruja tegok hasil jahitan dia. Dan dia ada buat giveway....best...best..best...best untuk buah-buahan yang comel loteh gitu...dan saya nak!!!!!...hahahaha....boleh ker?? Saya dah buat posting kat sini. Harap-harap ada harapan boleh dapat buah-buahan yang comel nie eh??? Nanti berseri-2lah rumah jarum saya kalo buah-buah nie sampai ke tangan saya. Berangan sudah....huhuhuhu...

My First Giveaway!
Dah sekian lama blog saya wujud dalam alam maya nie, tapi nie le kali pertama saya buat giveaway untuk semua orang yang mengikuti blog SewandCut.





Nie nak kasik tau, sebonarnya giveaway nie ialah, adalah pin cushions. Nak tau saiz dia hemm... biarlah rahsia! hehehe...siapa yang dapat baru tau... baru bestkan? Tapi rasanya boleh di agak dari saiz pin yang tercucuk kat situ. Pin cushions nie saya crochet sendiri, ala-ala amigurumi gitu. Maknanya nie hasil kerja tangan saya sendiri. Bentuknya buah dan sayuran. Ada tiga bentuk. Tomato, labu dan buah manggis. Rasanya nak buat buah lain tapi tak berapa sesuai nak dijadikan pin cushions.
Giveaway nie terhad pada 20 orang je sebab ada 2o ketul je. Tak boleh nak pilih le nak buah/sayur apa ye. Random je. Nak menyertainya senang je, anda hanya perlu masukkan posting nie ke blog masing-masing. Lepas tu tinggalkan komen kat saya untuk saya track balik blog anda. Mudah kan. Jadi apa lagi, sertailah giveaway nie sekarang.
Penyertaan nie akan bermula pada 14th March dan berakhir pada 28th March 2011. Senaraikan nama siapa yang terpilih akan dipaparkan pada 29hb Mac dan pemilihan nie akan dibuat secara rawak. Tiada pilih kasih....sorry ye. Selamat mencuba. Terima Kasih.

Monday, March 7, 2011

Menjahit langsir dan sarung bantal

Menjahit langsir untuk rumah yang baru pindah...still sewa lagi selagi rumah kat bukit naga tu x siap-2. huhuhu geram sungguh. dah nak masuk tahun ke-3 still x siap-2 lagi. Doa-2lah hujung tahun nie boleh siap dan berpindah ke rumah sendiri...insyallah. Doa-2kan yek...sedih nie kena bayar untuk 2 umah...huwaaa...

Saya dah menjahitlah langsir untuk umah nie. Tapi x perasan lak langsir jadi jarang biler malam. Bak kata abg ad saya langsir banyak jenis. Ada yang untuk siang dan malam. Oh ye ker?? Saya nie pun beli janji sedap mata memandang jer. X terpikir lak langsir nie menjarang biler malam....Masalah nyer biler dah jahit dah gantung baru perasan mlm dia jadi lutsinar dari luar...huhuhuhuh...x larat makcik nak men-otta nyer. So pakai jerlah ape yang digantung. Tunggu ade budget cari langsir lain lak yek. So belajar dari kesilapan. Kalo x silap kita x belajar. Saya budak baru belajar kalo ada salah tolonglah tunjukan.

ade lak gambo budak seksi nie.....


 nampak x biler malam dia menjarang....huhuhu

Ala-2 flora gitu langsir. Nie sebab konon nyer nak bg sedondon gan kusyen gamaknyer. Saya suka warna-2 tanah gitu nampak neutral. Mcm orang ini jugak yang sentiasa neutral....huhuhu...

Tempahan buat sarung bantal dari kain IKEA abg ad.....cuba-2 jerlah. Ok x ok belakang cerita yek. Yang penting think positif ye fiza. You can do it. Takutnyer ape...takut tersalah gunting jer. Itulah fobia orang yang baru start nak pegang gunting nie. Kain sendiri xpe. kalo kain orang lain takuttttt.....tapi sampai bila nak takut kan. Kena cuba berani jer....so inilah jadinyer hasil jahitan sarung bantal lak.




Inilah dia hasil jahitan untuk 3 bantal tempahan dari abg ad....betul x saya cakap kalo x cuba kita x tau. So berani mencuba yek..nanti ade mase saya upload lah gambar-2 jahitan yang telah saya siapkan....tunggu.....


Alat jahitan idaman hati....

Alhamdulilah seperti yang diimpikan untuk menjahit baju sendiri and family termakbul jugak ape yang diidam-2kan. Mesin jahit pemberian Abe tersayang telah pun ada depan mata..huhuhu...seronok x terkata bila benda yang di idam-2kan tu muncul taraaaa.....


hehehehe....comel x mesin jahit ku keluaran singer gitu. Alhamdulilah lepas nie leh lah mengisi lapang ku dengan menjahit. Cuma masa tu mcm agak terhad. Tapi tulah nak seribu daya x nak seribu dalih. Lepas nie baju raya dah x yah nak tempah-2 dah. Jahit sendiri jer yek...cik fizah...

Mesin jahit nie dah beli pada tahun lepas lagi. Nie baru sempat nak upload perkara-2 berkaitan dunia jahitan. Alhamdulilah setakat nie dah amik kelas baju kurung and baju kurung moden dengan berlainan sifu. Ape-2 pun memang seronok belajar dunia jahitan nie. Yang penting kena praktis selalu coz kemahiran nie lagi kita praktikan lagi mahir kita dan lagi semakin kreatif otak kita. X percaya cubalah sendiri yek...

Yang mana-2 ingin belajar menjahit memang dialu-2kan kerana memang x rugi kita belajar untuk diri kita sendiri.