Monday, June 27, 2016

Assalammualaikum.......

Alamak lama dah saya tidak update blog. Bukan setakat bersawang-sawang. Dah berlalang-lalang dah kot. Jangan-jangan bunian pun boleh duduk...huhuhuhu...

Ok semangat baru hari ini saya nak berkongsi semula kerja-kerja kraf atau jahitan buat kawan-kawan. Dan saya juga akan berkongsi info-info atau maklumat masa kini yang kita pun kadang-kadang tak tahu benda itu sangat membantu.

InsyaAllah saya pun bekerja dibahagian tuntutan insuran. Mana-mana ilmu yang boleh dikongsi akan saya kongsikan. Mana tau boleh membantu pihak yang memerlukan. Saya pun suke dengan Cikgu GOOGLE. Macam-macam ilmu saya boleh dapat. Bukan semualah boleh percaya 100% cuma kadang-kadang kita sendiri boleh tapis yang mana sesuai dan yang mana terbaik untuk dijadikan rujukan. Kadang-kadang info yang dapat dari Cikgu GOOGLE tu kita still kena rujuk yang lebih pakar untuk mengetahu lebih mendalam kan.

Ok itu salam perkenalan saya untuk hari ini 28-06-2016 bersamaan 23 Ramadhan 1437H. Semoga penulisan saya untuk hari terbaru tahun terbaru permulaan yang baru lah semoga saya mendapat kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian sebelum meniti alam yang kekal...aminn (^_^)