Tuesday, March 15, 2011
Al-Fatihah untuk Arwah Mak Tinah
Pagi ini dalam pukul 09.59 pagi dapat message dari Ieja (kawan sekolah dan se'asrama SABGS) yang kitaorang punya warden Mak Tinah kembali ke rahmatullah malam tadi kerana strok. Sebelum ini memang kitaorang tau yang arwah nie kena strok. Tapi itulah saya tidak berkesempatan menziarah beliau semasa beliau sakit.
Arwah yang saya kenali seorang yang bersikap ke ibuaan, tegas, dan kadang-kadang suka menjerit kat kitaorang yang memang degil-degil ini. Budak-budak umur 13-17 tahun faham-faham ajerlah perangai keanak-anak kan lagi. Itu yang arwah menjerit jer kalo kitaorang lambat turun study or lambat-lambat pie sekolah. Takutttt...dengo jeritan dia tau. Rasanya bergema satu asrama tu...huhuhuhu...jeritan jer kuat hati dia lembut. Kalo kitaorang ada masalah lembut jer dia berbicara. Macam ibu dan anak....sedih lak menulis mengenai arwah nie. Lagi satu hobi dia menanam pokok bunga...huh!! memang berseri-2 taman asrama kitaorg. Macam-macam pokok bungalah dengan landscap nyer. Memang x payah pakai tukang kebun. Sebab nyer semua dia kerjakan sendiri. Dan seronoknya hari minggu setiap Sabtu kitaorang ada program bersihkan asrama. Walaupun hari minggu arwah akan bersama-sama bergotong-royong juga.
Rasanyer terakhir saya jumpa dia tahun 1997 dan sehingga kini saya tidak pernah lagi bertemu dgn arwah. Tapi ingatan silam saya ketika menetap di SABGS nama dia sentiasa di ingati. Jika berbicara dengan kawan-2 seasrama pun macam-2 cerita dgn arwah akan terkeluar....
AL-FATIHAH untuk arwah dan saya mendoakan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang disayangi-NYA. AMIN
No comments:
Post a Comment