Monday, March 21, 2011

Hijau itu tenang dan segar


Pada 02.02.2011 - 05.02.2011 saya balik ke kampung suami di Machang, Kelantan. Anak-anak gembira bila tahu nak balik rumah Tok Ayah. Seminggu nak balik asyik tanya dah cuti ke mama...penat nak menjawabnya. Anak-anak suka balik kelantan sebabnya Tok Ayah diaorang ada pelihara lembu dan kambing. Terutama anak sulung Aqil...tak boleh nak control lah kalo dah jumpa lembu gan kambing. Bukan setakat lembu kambing jer. Kucing, ayam dan itik habis habis dia kerjakan nya...eeemmm...terjerit-jeritlah Tok Mama dia. Kucing-kucing tu boleh lah Tok Mama dia masuk dalam sangkar. Ayam gan itik tu tahan jerlah kalo Aqil kejar. Kena baling batu tu biasa dah sampai kucing, ayam gan itik takut kalo nampak kelibat dia....hahahaha...lagi satu burung-burung Tok Ayah dia. Itu pun satu habis dia goyang sangkar tu. Sampai ada satu hari tu pening lalat dah burung tu. Melelong burung tu jalan. Nasib x matilah burung tu dikerjakan Aqil. Tak taulah si Aqil sorang nie nak jerit macam mana lagi. Budak tengah aktifkan. Kat bandar nie susah nak jumpa binatang-binatang tu. Bila balik kampung semua boleh terjah.

Saya rase bab yang paling dia seronok dapat mandikan lembu...huhuhu...habis badan bau lembu sudah. Ermm...lantaklah Aqil janji dia gembira. Iqah suka memerhati jer. Penakut sikit minah nie. Nak ikut macam Abg Aqil tapi penakut...huhuhuhu...anak pompuan manjalah sikit.

Balik bulan nie dah janji dengan Aqil nak memancing kat parit tepi bendang. Abah dialah melayan nyer. Sengih memanjang biler tegok pancing dan mata kail Abah dia buat pakai buluh.

Ini Muhammad Aqil Aiman & Abahnya sedang mencari cacing untuk memancing ikan

Muka sengih semacam...dapat parit pun jadilah

Nur Atiqah yang masih demam tapi sibuk juga nak tegok abg & abah dia memancing


Yeyeye...dah dapat pancing. Tapi asyik sangkut jer kat dahan pokok gan rumput...


Dah boring memancing dia masuk parit pulak....sibuk cari siput. Tak ingat nama siput yang dalam parit nie ape. Tapi boleh makan buat masak lemak. Saya x pernah rasa lagilah siput tu coz bentuk siput tu mcm siput XXXX yang selalu kita jumpa. So tak lalu lah saya nak merasanyer...hehehehe....




Tu dia budak BEN-10 dalam parit....


Penonton dari jejambat. Nak turun segan...tegok jerlah aksi BEN-10 sorang kat bawah tu.


Wajah gadis desa....dah besar nanti mesti gelak tegok muka masing-masing kan...hehehehe. I like this picture so comel-2 kan.

Memancing kali ini dapat ikan haruan seekor jer. Boleh tahan besar jugalah...lepas tu hampeh sekor pun x dapat...huhuhuhu...itu yang Aqil boring lalu terjunlah parit. Nasib dia x berkubang dalam tu. Arus air parit tu pun deras coz baru lepas hujan. Diaorang cakap susah sikit nak pancing masa arus deras. Saya pun seronok duduk tepi bendang layan angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Apa-apa pun dapatlah tunaikan hajat Aqil nak merasa memancing parit. Kalau kat bandar nie longkang banyaklah. Aktiviti dia bila nampak longkang nak cari anak budu pulak. Letih juga melayan kerenah anak-anak yang super-aktif nie......

No comments:

Post a Comment