Semalam lepas hantar anak-anak pergi sekolah saya bantai tido sampai pukul 3 petang. Memang tak bermaya sungguh badan. Malam mak saya telefon dan tanya kenapa dah lama tak telefon rumah. Haritu handset memang problem. Nasib handset tu baik sendiri jer. Kalo tak keluar pulus(RM) lagi. Mak telefon semalam ada berita gembira sikit....hehehe..hanya saya dan mak saja yang tahu...huhuhuhu..thanks to Mak and Abah.
Ingat nak amik MC lagi hari nie. Tapi bangun pagi tadi macam sihat sikit. So ionlah baju siap-siap dan nasib baik Abg saya off hari nie. Nasib dia hantar saya hari ini kalo dia takde ari nie MC lagi kot. Dok kat office nie sejuk pulak. Errmmm...nasib stokin gan baju sejuk saya dah standby.
Saya harap hari Sabtu dan Ahad nie dapat siapkan baju kakak kantin dengan langsir rumah saya ni. Samping merah tempahan Kak K tu saya kena tambah zip pulak. Nanti ada masa saya tunjukan kalo dah siap. Sebabnya saya nak kena tengok sample samping yang berzip pulak.
No comments:
Post a Comment