Wednesday, April 27, 2011

Sibuk or busy....

Dah lama tak update kat blog nie...ummphh..cam takde masa pulak. Memang busy sikit dengan kerja ofis yang tak habis-habis. Tak taulah bila nak surutnya. Hari-hari ade jer kerja yang datang. Hari ni releks sikit coz dah bagi kerja-2 tu clear sikit. Hari Jumaat nie dah nak bersiap sedia nak pie Mentakab pahang untuk berkursus. Letihnya kalo dengo bab-2 kursus nie. Tapi kursus yang nie cam adventure sikit kot. Yang selalu pie kursus kat Kemuning Golf Resort tu kursus tercangak dalam bilik kuliah jer. Yang kursus nie more to outdoor. Maybe more fun kot and leh release tension sikit...mane tau ada something yang baru boleh saya pelajari. Dan saya suka pegang kata-kata ini "Begin by always expecting good things to happen". So kalo kita selalu expecting bad things akan berlakulah apa yang kita fikirkan. Betul ker?? Entahlah..... so think for good things yek...

Mungkin ada perkara yang terburuk pernah berlaku kepada kami sekeluarga apabila makhluk ciptaan tuhan yang kecik nie menyerang. Jangan terkejut yek ini realiti walaupun benda nie ciptaan yang kecil dari-NYA. Tapi kerana kehebatan dan kerja berkumpulan mereka menyebabkan harta-harta saya musnah. Nak tau layan pic nie..



Ini gambar bilik utama, nampak tak kat dinding tu sebenarnya kami letak almari. So kat belakang almari tu dah jadi sarangnya. Duduk belakang almari memang payahlah nak memusnahkan anai-anai kecil ni. Nasib anai-anai tu tak makan baju-baju dalam almari tu....huhuhu...

 

Ini bilik kedua kena serangan anai-anai jugak. Nampak tak interchange yang kat dinding tu. Rangka-rangka tingkap tu pun habis lopong apabila anai-anai tu bermaharajalela.






Ini kabinet yang jugak dah rosak dimakan anai-anai. Hancur lebur dikerjakan nya. Sebenarnya bawah tikar tu tak larat dah nak tegok...geli tau.... 
Nampak tak kerja-kerja yang memang senyap dan unik nie. Inilah anai-anai yang dah makan katil, almari, kabinet dan lain-lain lagi. Memang tersentap tengok barang-barang kita dibeli nie dimakan begitu jer. Memang penyerang dalam senyap dan sunyilah.

Tinggal kenangan jerlah rumah kat Kinrara, Puchong nie. Banyak kenangan suka dan duka saya di rumah ni. Dari mula berumahtangga sampai anak 2 orang saya dok kat sini. Rasanya hampir 6 tahun kot dok menyewa rumah ni. Jiran-jiran yang baik hati serta selalu ambil berat memang saya ingati diaorang selalu.

Tapi tulah penhijrahan ada baiknya jugak. Sebelum nak meninggalkan rumah sewa nie saya ada ambil pic untuk kenangan saya sendiri.


Ruang tamu rumah tempat anak-anak dan anak-anak jiran Syasya dan Hilmi selalu bermain.


Ini ruang saya memasak iaitu dapur. Memang tak besar mana pun tapi oklah janji leh masak.

Ini ruang nak kepintu luar. Depan tu rumah si Mimi jiran borak-borak saya. Dan sekarang nie saya dapat tahu dia tengah sarat...huhuhu...tahniahlah yek Mimi dah nak masuk 3 dah ek ko. Rindu rasenya kat kawan-kawan di Kinrara ni. Insyaalah ada masa kita berjumpa yek.

No comments:

Post a Comment