Sunday, April 3, 2011

Kenduri kahwin

Hari ini ada kenduri kahwin sepupu di Parit Samsu di mana berlangsung untuk 2 orang pengantin iaitu abg dan adik. Untuk Pah dan Nadia selamat melangkah ke alam berumahtangga dimana dalam hidup ini kita perlu berkongsi dengan pasangan yang telah kita pilih. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin.

Berkongsi gambar adik-adik dan Iqah di pelamin yang cantik..... 

 Nur Atiqah bersama Mak Cik Jedah

 Nur Atiqah bersama Mok Su Tipah

 Nur Atiqah bersama Acik Ila dan Lutfi yang comey..



Nur Atiqah berangan sudah......
Makan tak pandang kiri kanan dah anak mama nie..

Kadang-kadang bila pergi ke majlis perkahwinan terasa kemeriahan nyer. Pasangan pengantin yang ceria menjadi raja sehari. Tanggungjawab selepas menjadi raja sehari...huh...lagi hebat. Komunikasi diantara pasangan adalah teraju utama untuk mengenali pasangan kita. Sikap tolak ansur antara satu sama lain juga menjadi tonggak utama apabila personaliti yang berbeza hidup dalam satu bumbung.

Pada majlis kali ini saya dan anak-anak dapat melihat seni silat yang dipersembahkan bersama kumpulan kompang. Persembahan dari anak-anak kecil kampung ini menjadikan seni silat ini tidak ditelan zaman. Anak-anak saya juga seronok dengan suasana berkenaan.

Percutian balik muar kali ini terisi dengan kenduri kahwin yang meriah. Esok ambil emergency leave kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Ini kerana akan hadir sesuatu yang baru dalam hidup kami sekeluarga. So bertambahlah orang baru dalam hidup kami sekelurga. Nanti saya cerita ya...........tunggu.....

No comments:

Post a Comment