Wednesday, April 27, 2011

Rumahku syurgaku

Letihnya rasa menunggu rumah nak siap tapi still tak siap-siap lagi...bagaikan menanti bulan jatuh keriba. Entah bile bulan nak jatuh pun tak tahulah. Saya sangat berharap hujung tahun nie rumah nie siap. Senang hati duduk rumah sendiri. Tak payah bayar untuk orang kita bayar sendiri jadi harta sendiri.

Gambar ini diambil tak salah saya pada tahun 2009. Nampak yang berlalang tu memang tak naik langsung rumahnya. Tapak rumah saya masa nie baru naik rangka.


Sibuk or busy....

Dah lama tak update kat blog nie...ummphh..cam takde masa pulak. Memang busy sikit dengan kerja ofis yang tak habis-habis. Tak taulah bila nak surutnya. Hari-hari ade jer kerja yang datang. Hari ni releks sikit coz dah bagi kerja-2 tu clear sikit. Hari Jumaat nie dah nak bersiap sedia nak pie Mentakab pahang untuk berkursus. Letihnya kalo dengo bab-2 kursus nie. Tapi kursus yang nie cam adventure sikit kot. Yang selalu pie kursus kat Kemuning Golf Resort tu kursus tercangak dalam bilik kuliah jer. Yang kursus nie more to outdoor. Maybe more fun kot and leh release tension sikit...mane tau ada something yang baru boleh saya pelajari. Dan saya suka pegang kata-kata ini "Begin by always expecting good things to happen". So kalo kita selalu expecting bad things akan berlakulah apa yang kita fikirkan. Betul ker?? Entahlah..... so think for good things yek...

Mungkin ada perkara yang terburuk pernah berlaku kepada kami sekeluarga apabila makhluk ciptaan tuhan yang kecik nie menyerang. Jangan terkejut yek ini realiti walaupun benda nie ciptaan yang kecil dari-NYA. Tapi kerana kehebatan dan kerja berkumpulan mereka menyebabkan harta-harta saya musnah. Nak tau layan pic nie..



Ini gambar bilik utama, nampak tak kat dinding tu sebenarnya kami letak almari. So kat belakang almari tu dah jadi sarangnya. Duduk belakang almari memang payahlah nak memusnahkan anai-anai kecil ni. Nasib anai-anai tu tak makan baju-baju dalam almari tu....huhuhu...

Monday, April 18, 2011

Bagan lalang beach

Bagan Lalang ni memang selalu dengar namanya. Tapi belum berkesempatan menjejak kan kaki lagi. So pada 19.02.2011 kitaorang team netball buat barbeque coz dapat duit sikitlah dari kemenangan di tempat ke-2 pada kejohanan di Kuantan. Mulanya nak buat t-shirt tapi dah masing-masing ajak barbeque ok gak. So berpeluanglah kami sekeluarga menjejak kan kaki di Bagan Lalang nie.

Anak-anak dah tentu seronok. Aqil yang demam pun hilang demamnya bila tegok laut luas terbentang di depan mata. Seronoknya bila air surut tu dia boleh jalan sampai ketengah. Risau jugak tengok dia punya berani nak jalan sorang-sorang.


Gambar nie ketika air pasang.......laju sungguh air nie datang

Orang baru???

Orang baru??....bukan orang barulah. Tapi si pemakai yang baru or pemilik baru. Nak tau ape yang baru dalam hidup kami sekeluarga....jeng..jeng...jeng...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Friday, April 15, 2011

Demam tapi macam tak demam


Dah 7 hari badan saya nie macam lemah jer. Batuk lak makin berterusan. Bila rase badan takde pulak panas. Tapi tekak memang perit pastu batuk tak henti-henti...ummpphhh...tergendala semua projek menjahit. Memang tak larat sangat badan nie. Tekak sakit campur bibir makin kering. Minum air dah bercawan-cawan dah. Jumpa doktor dia tak bagi antibiotik sebab kemungkinan tekak saya dijangkiti virus. Doktor kata bila dijangkiti virus antibiotik tak sesuai. Doktor suruh makan gula-gula yang pedas tu...strapsil gan fisherman kot namanya. Entah saya eja betul ke tak. Gula-gula nie dahlah pedas. Ubat sakit tekak yang doktor bagi tu saya tak leh nak makan. Sebabnya dia pedas pastu pahittt...yer..Makan ubat batuk memang lalok jer lah kepala nie.

Tuesday, April 12, 2011

Lukisan guna ratusan ribu perkataan


MADRID - Seorang pelukis amatur dari Sepanyol, Juan Osborne menunjukkan kepakarannya dengan melukis gambar pewaris kedua takhta Britain, Putera Charles dan tunangnya, Kate Middleton dengan menggunakan ratusan ribu perkataan pelbagai warna, lapor sebuah akhbar semalam.

Jika diperhatikan dari jarak dekat lukisan tersebut yang dihasilkan oleh lelaki berusia 40 tahun berasal dari Madrid itu mempamerkan perkataan seperti William, holiday, Kenya, Wales, Prince, Middleton, royal, family, queen dan Catherine.
Dia yang telah menghasilkan lebih 500 lukisan mendapat idea untuk melukis gambar dengan menggunakan perkataan selepas bekerja di sebuah syarikat arkitek pada tahun 2009. - Agensi

Blouse Oren & Hitam

Blouse oren hitam ini tempahan kawan se'ofis gak (Kak sariza). Kain nyer memang nipis jer. Risau jugak nak menjahitnya. Sekali rentap memang koyaklah...hehehe...Siap sudah bajunya. Tapi ada cerita di sebalik leher yang berkelip tu...hanya saya dan dia jer yang tahu....hahaha...




Kain dia bagi 2 meter jer. Kat bahagian tangan tu saya terpaksa sambung. Nasib ada kedut-kedut kat pergelangan tangan tu. Jadi tak nampaklah sangat kecacatan nya....huhuhu...nanti akak bagi 2 meter suku / setengah ker. Sedap sikit fiza nak gunting kain tu yek.

Apa-apa pun thanks to Kak Sariza berani bagi fizah buat kain dia. Setakat nie saya dah mahir sikit menjahit sebab dialah orang pertama yang buat tempahan dengan saya. Dengan tempahan Kak Sariza tu saya dapat memahirkan dan memperkemaskan lagi jahitan saya. Sekarang nie ada 3 pasang lagi baju Kak Sariza terbengkalai kat bilik jahit tu. Bila nak siap ek??  

Monday, April 11, 2011

Kain samping berwarna merah

Assalamualaikum.....hari ini saya nak berkongsi cerita macam mana terjadinya kisah samping berwana merah ini. Samping merah ini asalnya tempahan dari kawan se'ofis saya (Kak K). Saya selalu nampak budak-budak sekolah agama pakai samping hijau. Tak pernah perasan lak samping merah ek. Tapi inilah samping merah tempahan Kak K untuk anaknya yang dapat jadi pengawas rasanya. Tak salah sayalah....hehehe.

Mula ceritanya dia tanya saya tau tak nak jahit samping. Saya cuma cakap tengok sample kalo ada. Insyaalah lah kot boleh (ceh..padahal tak boleh bayang samping budak-budak tu macam mane rupanya). Coz Aqil memang dari kecil tak pernah beli pun samping untuk dia. Bukannya pakai pon. Setakat pakai sekejap jer membazir jer. Tapi dia tahun depan dah nak sekolah darjah 1 so memang kena standby baju melayu dan samping. Dah besar nie maybe pandai sikit kot nak pakai samping. Insyallah raya tahun nie kita buat samping ye Aqil.

Nextweek nya dia bagi saya samping merah. Tapi sample nya dia tak bagi sekali. So saya perap jerlah dulu. Coz selagi tak tengok samplenya memang tak leh nak imagine macamane rupanya samping tu.


Thursday, April 7, 2011

Apa hebatnya solat di awal waktu?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Bilik jadi akuarium


NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.
Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.

Lelaki meluncur di sisi jerung putih


CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.

Wednesday, April 6, 2011

Dua mempelai di atas pelamin

Hari itu saya ada update pasal kenduri kahwin sepupu saya. Tapi x dapat nak upload gambar pengantin. So inilah gambar pengantin yang saya dapat dari blog abg saya serigalagala. Saya pinjam photo dia untuk letak kat blog saya nie...hehehe...


So ini rumah Mak Yah saya di Parit Samsu, Muar Johor. Masih mengekalkan ciri-ciri klasik dan keaslian nyer. Dari saya zaman budak sampai sekarang ini masih tak berubah rumahnya. Terutama di ruang tamu tu. Zaman kecik-kecik dulu saya suka main buaian kat sini dan ada satu telefon antik yang memang selalu jadi permainan kita orang.

Sunday, April 3, 2011

Kenduri kahwin

Hari ini ada kenduri kahwin sepupu di Parit Samsu di mana berlangsung untuk 2 orang pengantin iaitu abg dan adik. Untuk Pah dan Nadia selamat melangkah ke alam berumahtangga dimana dalam hidup ini kita perlu berkongsi dengan pasangan yang telah kita pilih. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...amin.

Berkongsi gambar adik-adik dan Iqah di pelamin yang cantik..... 

 Nur Atiqah bersama Mak Cik Jedah

Friday, April 1, 2011

Letih lah sangat

Terasa letih sangat minggu nie. 3 hari kursus di KL at Maju Junction Mall. Huh..memang letih naik turun LRT pastu kena jalan kaki pulak....memang meletihkan bagi orang-orang yang memang kurang nak berjalan dan naik turun tangga. Pastu bila naik LRT kena berdiri berhimpit-himpit pulak. Tapi bagi orang yang hari-hari macam tu dah tak kisah kot. Tapi bagi saya memang meletihkan...but i have a new experience and i get something that i not learn before this.

I have a new idea about my job in insurance field. I have learn something that i can improve myself ...maybe. I just was thinking what a job i doing everyday without any knowledge in insurance field. So from today i need learn more than i was thougt...huh..maybe i need some course to be improve myself..maybelah...

This course was held at MII Insurance. I think who involve in insurance field should know this institute. This is a 3rd time i attend a course at MII Insurance.

Hehehe...cakap omputih pulak. To improve myself kan...itulah kecik-2 tak nak belajar. Dah tua menyusahkan diri sendiri. Tau takpe kan...grammer entah ke mane....hehehe..