Letihnya rasa menunggu rumah nak siap tapi still tak siap-siap lagi...bagaikan menanti bulan jatuh keriba. Entah bile bulan nak jatuh pun tak tahulah. Saya sangat berharap hujung tahun nie rumah nie siap. Senang hati duduk rumah sendiri. Tak payah bayar untuk orang kita bayar sendiri jadi harta sendiri.
Gambar ini diambil tak salah saya pada tahun 2009. Nampak yang berlalang tu memang tak naik langsung rumahnya. Tapak rumah saya masa nie baru naik rangka.
Gambar yang bawah ni tak salah saya sekitar tahun 2010. Nampak ada perkembangan sikit. Tapi still slow dia punya projek. Tawakal jerlah asal siap rumahnya.
Gambar bawah ni gambar yang terbaru saya snap pic. Nampaknya ada perkembangan yang positif. Harap-harap dapat siap sebelum hujung tahun nie.
Bila tegok toilet bilik utama nie. Alahai comeinya bilik air nie.
Bahagian dapur yang sederhana/kecil lah ruangnya. Bolehlah kalo setakat saya sorang kat dapur nie. Nampak pun cam kecik takut masuk barang lagilah mengecil ruangnya.
Space kat belakang nie pon tak berapa nak ada. Keluar dari dapur terus nampak longkang kecik tu.
Tingkap pun dah dipasang tiang pun baru nampak bercat. Sekarang nie tahap nak buat wall/fencing kat luar tu. Jalan pun dah berbatu kasar. Insyallah pemaju tu kata bulan 6 dah leh siap. Entahlah leh caya ke tak coz dari tahun lepas kata bulan 6 boleh siap. Last-last hampeh tak siap-siap dari tahun 2007 saya beli patutnya tahun 2009 rumah nie siap. Tapi terlajak nak ke sampai tahun 2012 pulak nie. Rumah nie luasnya 20x60 jer. Itu yang termampu kami beli buat masa nie. Insyallah dan saya berharap-harap sangat sebelum 2012 rumah ni dah boleh diduduki...amin...
No comments:
Post a Comment