Sekarang saya menambah perasa dalam kehidupan saya seharian dengan menjadi kreatif (^_^). Tapi takdelah kreatif mana sangat pon. Just nak mencari satu keseronokan dan kepuasan apabila jari nie memegang jarum or gunting or mesin jahit. Memang boleh lupe segala masalah saya seharian...dan hari ini hidup saya menjadi lebih bermakna.
Saya ada terdengar di IKIM Prof. Dr. Muhaya bercakap tak salah saya setiap hari Rabu jam 10.00 pg. Dia nie doktor pakar mata. Tapi berminat dengan untuk membuat kajian berkaitan mata dan jiwa/hati dalam kehidupan manusia. Dia selalu tekankan dalam kehidupan nie tiada stress or tekanan perasaan or tension. Bila kita stress or tension menyebabkan pelbagai penyakit leh datang. Pada saya kehidupan sekarang ini penuh dugaan dan cabaran dan setiap masalah pasti ada penyelesaian....
So saya rase bila kita stress kita kena cari something yang boleh menghilangkan stress kita. Jangan duduk termenung mengenang apa yang dah berlaku. Cari apa yang kita suka or minat. Bila kita mengadap benda yang kita suka kita akan lupa apa masalah kita dan seterusnya stress kita pun berkurang kan. Kita juga perlu memohon kat Allah minta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan kita.
Mohon pada kawan-kawan saya yang hidup dalam stress buanglah perasaan tension/stress tu dengan melakukan perkara yang boleh buat hati kita tenang....pielah amik kelas-kelas kemahiran/masakan mana tau leh dapat income dari apa yang kita belajor kan...tak rugi. Hidup ini sementara kat dunia so penuhi kehidupan dengan ilmu pengetahuan yang bermafaat..
No comments:
Post a Comment