Wednesday, August 18, 2010

Peluang Kedua

Banyak orang tidak percaya kepada peluang kedua dalam perhubungan dan banyak juga yang tidak mahu memberikan peluang tersebut atas alasan kali pertama tidak berjaya. Tetapi masih ramai yang percaya pada peluang kedua dan ia menjanjikan kebahagiaan yang lebih bermakna.

Memberikan peluang kedua bermakna membuka peluang kepada kedua pihak yang pernah terluka mencuba untuk mengubati dan memperbaiki segala rasa kecewa dan luka, juga perkara yang menyebabkan perasaan tersebut. Ini bermakna adanya jalan penyelesaian segala perbezaan dan mencari akar umbi masalah. Perlu diingatkan bahawa segala masalah tersebut harus diselesaikan sebelum peluang kedua diambil.

Masalah memang timbul dalam sesebuah perhubungan kerana setiap individu mempunyai perbezaan personaliti yang boleh menyebabkan percanggahan. Dan masalah ini akan semakin ketara bagi individu yang ingin mencuba untuk kedua kalinya. Apatah lagi bukan mudah menghilangkan luka yang bersarang dihati. Kedua-dua pihak perlu mengukuhkan hati dan perasaan dan komited dalam usaha untuk membuatkan hubungan kali ini benar-2 berjaya. Harus sama-2 bertanggungjawab dan memandangkan kehadapan setiap masa. Lupakan perkara yang silam.

Peluang kedua memberikan satu harapan da kepercayaan, ia juga mendedahkan mendedahkan diri pada kekecewaan dan hilang percaya. Apa yang telah berlaku bukan sahaja menjadi ujian tetapi akan lebih menguatkan lagi hubungan yang sedia ada. Setiap masalah yang timbul boleh diatasi andai ada kerjasama baik antara kedua pihak bertelagah.

Sebelum berkata YA pada peluang kedua, pastikan perkara-2 tersebut:
  • Adakah masih menyayanginya? Atau takut untuk menjalani hidup berseorangan? Pastikan betul-2 apakah perasaan yang bersarang sebelum membuat keputusan.
  • Fikir dan teliti apakah yang membuat hubungan anda berantakan pertama kali dahulu. Fahami masalah sebenar yang melanda hubungan agar dapat dibaiki.
  • Belajar daripada apa yang terjadi. Memang kita tidak sempurna dan melakukan kesalahan dari semasa ke semasa. Tetapi hanya orang 'BODOH' sahaja yang melakukan kesalahan sama berulang kali.
  • Jangan hanya fikirkan buruk tetapi fikirkan juga yang baik. Adakalanya kita hanya sedar akan kebaikan seseorang hanya setelah kehilangannya.
  • Berbincanglah dengan pasangan tentang apa yang terjadi.
  • Perlu dalam keadaan waras dan saling menerima pasangan sebagaimana diri mereka, bukan sebagaimana anda kehendaki. Fikirkan juga mengenai kehendak mereka dan cara untuk memenuhinya dengan lebih baik. Bersepakatlah untuk berubah, saling memahami dan saling mengembirakan. Jangan lupa untuk sama-2 saling bertolak ansur dan berusaha dengan lebih kuat.