Tuesday, August 17, 2010

Sakit Hati?


Sakit hati ialah sakit daripada segala sakit. Sukar diungkapkan tapi sangat jelas menyayat dada bahagian dalam. Tetapi ketika sakit hati tiba, susah bagi kita untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya.

Belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti kita. Kerana cepat dan lambat setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Cuma kita perlu sedari tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput daripada sakit hati. Lebih baik kita sedari bahawa siapa pun dia (teman biasa, sahabat, kekasih, atau keluarga) dan sebaik apa pun dia, suatu hari nanti akan menjadi orang yang menyakiti kita (walaupun mungkin tidak disengajakan). Perasaan sakit hati yang terlalu lama bersarang dalam hati maka tidak sihatlah hati itu.

Menguruskan rasa sakit hati agar tidak membuahkan dosa dan azab-NYA. ALLAH dan Rasul-NYA telah mengajarkan cara-cara yang boleh menjadi penawar apabila diamalkan...

1. MUHASABAH
  • Periksa diri betul atau tidak
2. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH DAN KERAS HATI
  • Iri, dengki dan bercita-cita adalah beberapa celah yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia.
  • Iri hati & dengki berasal daripada kecintaan perkara bersifat material. Hati tidak tenang dan tidak akan pernah bersyukur apabila di dalam hatinya ada sifat ini.
3. MENJAUHKAN DIRI DARIPADA SIFAT AMARAH DAN KERAS HATI
4. MENUMBUHKAN SIFAT PEMAAF
5. BERPRASANGKA BAIK
6. BERSIKAP IKHLAS
  • Kata ringan diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan.
  • ALLAH mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur. ALLAH mengujinya dengan kesusahannya pun dia bersabar.
  • Orang yang ikhlas akan lebih mudah mengurus kalbunya untuk menyerahkan segalanya hanya kepada ALLAH
Orang yang kuat bukanlah orang yang menang bergulat, tapi orang yang kuat ialah orang yang mahu memaafkan ketika dia marah. Kita mungkin pernah disakiti orang lain, tapi bukan tidak mungkin juga kita pernah menyakiti hati orang lain. Oleh yang demikian kenapa kita sakit hati, mungkin orang lain juga pernah kita sakiti hatinya.

Islam punya kaedah jitu untuk meredakan amarah. Jika marah dalam keadaan berdiri, segera duduk. Jika saat duduk, segera berbaring, Jika masih marah, ambil wuduk. Kalau masih juga marah, solat 2 rakaat dan tumpahkan sakit hati pada ALLAH sahaja.....merintihlah pada Tuhan........