Monday, April 11, 2011

Kain samping berwarna merah

Assalamualaikum.....hari ini saya nak berkongsi cerita macam mana terjadinya kisah samping berwana merah ini. Samping merah ini asalnya tempahan dari kawan se'ofis saya (Kak K). Saya selalu nampak budak-budak sekolah agama pakai samping hijau. Tak pernah perasan lak samping merah ek. Tapi inilah samping merah tempahan Kak K untuk anaknya yang dapat jadi pengawas rasanya. Tak salah sayalah....hehehe.

Mula ceritanya dia tanya saya tau tak nak jahit samping. Saya cuma cakap tengok sample kalo ada. Insyaalah lah kot boleh (ceh..padahal tak boleh bayang samping budak-budak tu macam mane rupanya). Coz Aqil memang dari kecil tak pernah beli pun samping untuk dia. Bukannya pakai pon. Setakat pakai sekejap jer membazir jer. Tapi dia tahun depan dah nak sekolah darjah 1 so memang kena standby baju melayu dan samping. Dah besar nie maybe pandai sikit kot nak pakai samping. Insyallah raya tahun nie kita buat samping ye Aqil.

Nextweek nya dia bagi saya samping merah. Tapi sample nya dia tak bagi sekali. So saya perap jerlah dulu. Coz selagi tak tengok samplenya memang tak leh nak imagine macamane rupanya samping tu.




Hari berikutnya dia bagi saya sample samping warna hijau....hehehe bawak balik rumah pening gak tegok tailor nie jahit macamane ek?? Wuhaaaaaa...tak reti nak jahit. Nak lipat tang mana nie?? Nak jahit tang mana nie...huhuhuhu...

Tak salah saya minggu lepas Kak K tanya saya leh tak jahit samping tu....hehehe saya cakap tak confident lah kak (mengalah gak time nie coz pening takde basic macam mane nak jait). Tapi saya ingat kata-kata Kak K "akak nie takde mesin jahit jer. Kalo ada akak dah jahit sendiri dah". Uit..macam senang pulak Kak K nie cakap boleh jahit sendiri. Aku yang ada mesin tak kan tak boleh cuba kan. Paling salah gunting or jahit cari jer kain lain ganti. Janji boleh belajar kan.....(hehehehe) so satu semangat datang masa nie.  

Hari Jumaat malam saya belek-belek buku jahitan. Saya baru teringat ada beli nota Baju Melayu Kanak-Kanak kat Azima D.I.Y. Belek punya belek terjumpalah ada nota untuk samping. Tapi still masih pening. Dia potong macam mane lak nie sambil belek-belek sample kain hijau tu.


Nota Baju Melayu Kanak-kanak beli dari Azima D.I.Y


Inilah peneman saya masa menjahit....letih melayan kerenah dia.


Memang betul jika kita usaha kita akan berjaya. Hasil dari belekan saya dan hasil dari ketekunan saya....YES!! saya dah berjaya menghasilkan samping merah itu...Alhamdulilah....Saya pegang pada Kak K yang percaya saya boleh buat. Tak kan saya tak percaya pada diri saya sendiri. Bagi yang dah tahap amatur jahit tu lainlah yek. Coz saya nie budak yang baru nak merangkak....hehehehe...

So inilah step-step yang dapat saya snap untuk tatapan saya sendiri dan pembaca.

Kain yang dah siap dipotong. Pening gan nak cari ukuran ikut mana. Panjang kain tu saya ukur sample kain hijau tu ambil yang bahagian bawah. Nak ukur yang dekat pinggang tu x bolehlah sebab dah ada getah. Panjang kain lebih kurang 46 inc. Lebar dia tak salah saya dalam 16 inc. Pinggang 22 inc. Dah dapat ukuran nie baru saya boleh potong kain.


Ini saya sambung hujung kain dan jahitkan dia. Macam kita buat kain susun. 


Bila jahit ni jangan bagi habis saya biarkan bahagian nak ke pinggang tu dalam 7 inc. Ada setengah sekarang diaorang letak zip kat potongan tu. Saya tak sempat nak cari zip warna merah. So ikut sample yang ada ini jer lah.


Untuk getah ni saya ambil dalam 10 inc tambah 0.5 inc pengeras pada hujung getah.




Ambil ukuran belakang kain. Bagi center kain pastu jahit kedua hujung pengeras pada kain. Dah jahit pengeras tu lipat kemas pinggang pastu jahit dan sambil tu tarik getah tu untuk memudahkan jahitan.




Bahagian yang ini saya lipat bahagian kanan tu bagi sama pada belahan tu. Ingat tak belahan yang kat atas tadi. Anggaran saya ukuran dalam 5.5 inc bahagian pinggang depan. Jahit bagi sama kat belahan 7 inc tu. Kemaskan pinggang dan jahit keseluruhan pinggang disebelah kanan tu.


Untuk belah kiri saya anggarkan 5.5 inc jugak dan ruangkan sedikit di bahagian tepi. So bila dia terlipat nampaklah ianya tercantum. Jahitkan pinggang disebelah kiri tu dan kemaskan.


Inilah hasilnya bila kain tu dan bercantum. Sekali tengok macam skirt pulak. Yang ni masih tak kemaskan bahagian bawah dia lagi. Yang bawah tu saya buat basi dalam 1 inc. Lipatkan dan jahitkan dia keliling macam jahit kain baju kurung tu.


Ini saya dah kemaskan bahagian bawah dia.


Jahitan samping merah yang telah siap. Tapi belum siap untuk cangkuk di pinggang tu.Inilah hasil usaha saya belajar dan membelek nota. Wow! bangga pada diri saya sendiri kerana berjaya menghasilkan samping untuk dipakai anak Kak K...hehehehe..

Kekurangan yang perlu dibaiki lagi saya rasa kat bahagian pinggang tu kena letak pengeras yang lembut sikit kot. Untuk pinggang tu saya tak letak apa-apa pun. Harap-harap tak jadi masalah lah kot bila pakai. Lagi satu dalam nota yang saya baca tu ada bahagian pinggang tu kena potong. Tapi saya tak buat  coz takut tersalah potong pulak nanti. Takpe nanti saya cuba buat untuk samping Aqil pulak tengok macamana stepnya bila dipotong bahagian lipatan pinggang tu.




10 comments:

  1. Assalamualaikum sis... sy nak tanya.. mcm mana nak dptkan ukuran buat sampin tu ye sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...mizatul bg email. nanti saya emailkan cara buat pola samping.

      Delete
  2. Assalamualaikum.sy pn nak pola samping boleh?☺

    ReplyDelete
  3. waalaikumusalam....khathizah boleh bagi email..nanti saya email yer

    ReplyDelete
  4. salam sis...sy nak pola samping juga boleh?klu boleh ni emeil nya..nurshuhada.suhaimi@yahoo.com..TQSM..

    ReplyDelete
  5. Salam.. saya pun ingin cuba.. nak tau ukuran.. bleh email saya? Farhanabee@gmail.com trimakasih

    ReplyDelete
  6. as salam puan..bole emailkan pada saya pola sampin.. raihanahabdullah87@gmail.com.. terima kasih..

    ReplyDelete
  7. Assalam.blh sy nk pola sampin.mimieukk@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Salam sis blh kasi sy pola ukuran samping untuk dewase? Ni email sy noryatiatan98@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  9. Salam Sis, boleh saya dptkan pola, ni email saya azuramat@gmail.com.

    Saya nak tanya, Kalau saya nak buat full getah mcm mana ukuran dia ya?

    ReplyDelete