Bersambung part 2 lah pulak. Seronok sampai tak abis nak cerita....hehehe..saya nak tunjuk titian tali gantung yang saya jatuh tu. Dapat gambar dari Mr. Tham, titian tali tu tempat saya jatuh kerana tak leh nak imbang badan sebab saya nie kategori tinggi.
Kalo orang yang stabil ketinggian nya nampak senang jer diaorang jalan. Saya pun ingat macam senang jer kot. Rupa-rupanya TIDAKKKK....saya jatuh jugak. Sebenornya sebelum nak berjalan tu diaorang ni cakap kolam tu 2x dalam dari badan kita. Maknanya memang dalam lah. Saya takut sangat!!! Itu yang masa nak jatuh tu saya pertahan gak tak nak jatuh. Punyalah pertahan tak nak jatuh sampai kaki saya sebelah tersangkut kat tali tu. Saya cari jejak dalam kolam tu rupa-rupanya tak adelah dalam sangat. Penipulah diaorang nie. Menakutkan saya jer, dan saya bernasib baik jugak pakai safety coz saya memang tak reti berenang...huhuhuhu....
Pada 01.05.2011 masih ada aktiviti yang menanti kitaorang. Pagi-pagi pukul 7 kami semua berkumpul seperti biasa buat aktiviti memanaskan badan dan reganggan. Habis otot tambah sendi semua sakit-sakit. Gara-gara aktiviti semalamlah nie....menyusahkan diri sendiri betul ler.
Lepas sarapan kitaorang di bagi taklimat oleh Colonel Zul untuk bermain paintball (tak pernah main tapi pernah dengo dan tegok ler). Saya rasa teruja gak dengo paintball nie. Selalu main tembak-tembak kat dalam games tu biasalah (hantu game pun hehehe). Mula-mula kitaorang diberi tahu cara untuk buat strategi peperangan dan peranan ketua ketika operasi peperangan. Masa buat praktikal nie memang kena gelak giler lah masing-masing...hahaha...ko gelak aku, aku gelak ko macam tu lah lebih kurang.
Colonel Zul bagi perancangan nak pie perang nie |
Masing-masing serius jer...ker takutttt...hahahaha |
Ini baru praktikal jer lum masuk utan lagi yek. Bayangkan macam nak pie perang masuk hutan belukar tu. Berdebar-debar tau tegok group yang lain-lain start berperang. Kitaorang group 2 yang last sekali kena masuk hutan. Lagilah berdebar-debar bila dengo kawan-kawan yang dah lepas cakap macam-macam. Yang lebam badan jangan cakaplah. Ada yang luka lagi, tak taulah luka sebab bola paintball tu ker or luka langgar ranting / dahan dalam hutan belukar tu.
Kaum-kaum ibu yang kena colereng muka....hilang kejelitaan sekejap...huhuhu |
Masa nie sempat bergambor lagi dengan baju yang bersih lagi suci. Kejap lagi siaplah korang kena masuk hutan belukar tu pie serang budak-budak askar yang dah tentu-tentu terror menembak. Kitaorang nie pagi tadi baru pegang senapang paintball tu. Baru rase nak adjust tang mane sedap menembak. Nak pegang tu pun dah berdebar-debar. Lagilah bila bawak senapang tu masuk hutan, reti ker nak menembak mak cik nie. Dulu main polis-polis kat kampung leh lah. Setakat main kejar-kejar pistol pon pistol kayu jer takde isi. Paling tak pun biji getah jer...hehehe...itu 20 tahun dulu lah...
Testing sebelum berperang. Dapatlah sorang 10 das nak tembak pokok-pokok kat depan tu. |
Nasib hidup lagi...seronok gak berperang nie. Puas hati dapat menembak. Tapi tahan jerlah lebam kat badan-badan nie...huhuhu.. |
Memang bukan senang nak dapat pengalaman macam nie. Tapi bagi saya satu perkara yang menakutkan dan menyeronokan. Menakutkan bila dah pegang senapang paintball tu dan bergerak masuk dalam hutan. Bila ada serangan jer kitaorang kena cari pokok-pokok kat dalam hutan tu untuk menyorok. Dahlah kena pakai topeng hitam tu, pandangan memang terhalang. Lepas tu suara ketua saya bagi arahan pun tak dengo. Saya dengo bunyi senapang paintball tu bunyi jer. Menyorok pun still gak kena tembak. Memang tak leh nak lari. Itu pun saya pakai 2 lapis baju satu lenggan pendek luar lengan panjang. Ermmm...sama jer still dapat lebam-lebam gak. Memang tak leh nak lari dah. Bab seronoknya bila dah kena tembak saya layan jerlah menembak macam dalam games tu kan tembak penjahat yang menyorok. Dan saya berjaya berlari hingga ke penghujung dan habis cerita....pengganas dah kalah...hahahaha...
Habis sudah segala aktiviti yang dirancang untuk kitaorang yang lunyai dikerjakan dek askar-askar tu. Aktiviti yang menyeronokan tapi saya rasa tak berapa berkaitan dengan kerja ofis sayalah. Cumanya saya rasa sebagai seorang yang bernama manusia apa rintangan yang mendatang kita perlu laluinya. Segala rintangan yang di lalui tu memerlukan kekuatan mental, fizikal dan ketahanan diri. Semangat sebagai pejuang dalam diri kita mesti ada. Kalo semangat pejuang tu tak ada semua benda kita rasa akan susah dan kita sendiri tiada kenyakinan diri. So setiap hari semangatkan diri kita apa yang kita nak lakukan setiap hari....
No comments:
Post a Comment