Wednesday, May 4, 2011

:-) Kenapalah aku kena buat benda nie (-;

Hari ini baru sihat sikit badan nie akibat bahana kursus di Seventh Battalion Royal Ranger Regiment (Merchanized) pada 29.04.2011 - 01.05.2011 di Mentakab Pahang. Nak kata seksaan tak juga cumanya kursus ni lebih kepada kekuatan fizikal dan mental jer. Tapi memang cukup mengerikan jugaklah....mana taknya kitaorang balik semuanya bawak kenangan lebam di badan masing-masing..huhuhuhu...

Sampai-sampai jer kat kem tu...agak menyeramkan. Kerana kitaorang kena tido bilik/dorm yang agak usang jugaklah. Satu room tu ada 4 katil. So saya sebilik dengan Ms. Rebecca, Kak Liza dan Kak Sariza. Katil tu 2 tingkat tetapi dijadikan setingkat.

Seram gak duduk rumah macam dah lama kena tinggal nie

Sampai kat sana lepas makan tengahari kitaorang berehat dan bantai tido walaupun cuaca memang panas. Dengan kipas yang memanglah sangat slownya...memang menguji tahap kesabaran sungguh. Petangnya ada aktiviti berjalan disekitar KEM nie. Macam ambil angin petang tapi letih jugaklah sebabnya kitaorang kena lari gak sikit-sikit. Semput makcik nie hah...dah pancit ler.


Perhimpunan di petang hari dan bersedia untuk perjalanan di sekitar KEM


Peace...mak cik tak larat dah nie...huhuhu...

Cepat!!!!! kiraan 10 mesti sampai kat atas bukit....jerit Lt Colonel (Rtd) Zulkipli Abd Rahman (Head Trainer)




Mendengar keterangan Colonel Zul mengenai padang sasar/menembak

Aktiviti petang nie berakhir dengan minum petang jer. Makan-makan takde yek. Berpeluh gaklah saya rasa-rasanya turun gak kot 0.5kg...hehehe...ok lah tu kan.

Malamnya aktiviti mendengar ceramah Colonel Zul mengenai ketenteraan, leadership, kerja berkumpulan dan berbalas soalan. Kitaorang boleh masuk tido pukul 11.45 selagi tak jejak 11.45 duduklah layan Colonel Zul tu. Memang saja jer nak bagi lambat-lambat tido.

30.04.2011 pagi pukul 7.00 berkumpul buat senaman regangan diketuai Sarjan Joseph. Hari nie memang aktiviti yang lasak dan memang menguji ketahanan mental sungguh. Kalo zaman sekolah dulu saya terujalah jugak nak buat semua benda nie. Tapi saya yang dah beranak 2 nie memang tak lalu nak buat aktiviti nie. Tapi nak tak nak saya kena lalui jugak kerana melibatkan kerja berkumpulan. 

Pada permulaan aktiviti nie kitaorang kena berjalan di atas titian kayu. Memang menyeramkan dan menakutkan. Kerana titian tu memang tinggi jugak. Saya nie tinggi so lagi tinggilah pandangan saya kat bawah tu...huhuhuhu...takut!!!!!


Aktiviti untuk kekuatan tangan dan kaki. Kena bergayut kat tali tu dan bergerak menggunakan tangan dan kaki.

Berjalan di jambatan tali, berpeluh-peluh saya tengok bawah tu. Macam manalah kalo saya jatuh.

Meniti tali....ini lagi seram woooo.....

Lepas meniti tali tu kena jadi tarzan lak.......kebanyakan semuanya memang versi terjun jer dalam parit tu.

Kak Tie sama group gan saya injured sudah. Ingatkan injured biasa jer. Katanya ankle retak dan kemungkinan ada tulang kecil patah. Memang mengerikan......

 Memang mencabar mental dan fizikal sungguh aktiviti nie. Tegok kak tie injured tadi saya terus rase hilang semangat. Bertambah lagi saya jatuh masa buat aktiviti merentasi tasik, lagi saya rase sungguh penat sangat. Selepas selesai semua aktiviti mencabar nie ada lagi satu aktiviti yang lagi mencabar mental. So sekarang mental saya memang dah tak leh nak pegi. Tak tau kenapa jadi macam tu, maybe sebab letih mase jatuh tasik tu kot. Saya tak buat aktiviti abseiling nie. Hati macam nak, tapi semangat saya tak leh nak pergi. Walaupun macam-macam ayat diaorang pujuk, saya tak makan gak pujukan diaorang. Lantaklah korang yang nak buat pielah buat, saya tak mampu nak buat.....lagilah saya nie memang jenis gayat kat tempat yang tinggi.


Abseiling nie memang best tapi saya tak nak buat. Tak rase ralat coz 15 tahun dulu saya dah rase buat benda nie...hehehe

Sebelah petangnya ada lagi satu aktiviti iaitu flying fox...yang nie pon menyeramkan jugak. Pernah jugak buat tapi zaman sekolah dululah.




Diberi keterangan cara-cara nak buat flying fox nie oleh Colonel Bob


Tengah berfikir macamane saya nak lari diri tak nak buat gak benda nie...hehehe


My turn....saya sebenornya orang last yang naik nie...kena paksa gak...hahaha


Budak askar nie kata "Akak tadi tak buat abseilingkan yang nie kena buat gaklah"


Ok bersedia kedepan...takuttt!!!! wooo tegok bawah tu....


Kedepankan badan lagi....bersedia....


Jeritttt....CALLING........!!!!!!!!!! Lepasss........berjaya sudah. Cium bantal busuk kat depan tu...bengong jap kepala saya


Dah berjaya melalui rintangan terakhir ni....sabor jerlah yek


Berakhirlah aktiviti dalam hutan nie. Letih dah masing-masing.




Kumpulan 2

Memang saya rasa penat gak buat semua nie...dan saya masih terfikir kenapalah saya kena buat semua nie???

1 comment: