Wednesday, June 8, 2011

Menjadi jugak kuih karipap


Saya suka versi yang gelap-gelap sikit ("_")
 Tiba-tiba datang mood nak buat karipap sebabnya resepi nie dah dapat lame tapi tersimpan jadi pekasam jer. Sebenarnya pernah cuba dah buat sebelum ni tapi tersalah baca arahan resepi tu. Last-last masuk tong sampah jer lah jawabnyer...hehehe...

Ok saya kongsi resepinya kalo rase nak cuber boleh lah yek...Resepi nie inti dia ayam tapi saya buat inti sardin sebab stok isi ayam tak sempat nak beli..huhuhu...


KARIPAP INTI KENTANG & AYAM

Bahan-bahan doh:
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan marjerin (saya cairkan marjerin nie)
1 sudu makan minyak masak
secubit garam
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Di dlm satu bekas campurkan tepung, marjerin, minyak dan garam. Gaul dengan hujung jari sehingga campuran menjadi peroi.

2. Curahkan air sedikit demi sedikit sambil tangan kanan terus menguli adunan. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan


Bahan uli yang dah jd (gambor tak berapa nak jelas)
 3. Bulat-bulatkan mengikut saiz pilihan. Gelek nipis dan isikan inti. Kelim kemas dan goreng.





Taraaa....dah siap dikelim karipapnya, biasalah ade kecik ada yang besor

Bahan inti ayam...


Tapi nie versi sardin & kentang......
 1.Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Masukkan beberapa kuntum bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis dan daun kari. Tumis hingga naik bau wangi.

2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air. Kacau hingga naik minyak.

3. Masukkan isi ayam, kacau dan masukkan ubi kentang yg telah dipotongkecil dan nipis.

Tambah sedikit air untuk cepat melembutkan ubi kentang

4. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau hingga masak.

2 comments:

  1. wah!!!!antr rmh aku laaa...

    ReplyDelete
  2. antr rmh aku k...

    ReplyDelete